Sunday, October 20, 2013
Wednesday, October 9, 2013
Monday, October 7, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Monday, June 24, 2013
Friday, June 21, 2013
perbezaan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Perbezaan
antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
Terdapat beberapa perbezaan antara pengujian,
pengukuran dan pentaksiran. Kita boleh
melihat perbezaan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dari
sudut definisi, cara pelaksanaan dan juga tujuan.
Perbezaan yang pertama ialah dari
segi definisi. Pengujian didefinisikan
sebagai satu alat untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang atau
sesuatu. Selain itu, pengujian turut
didefinisikan sebagai satu proses mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
sesuatu kursus atau pun tugasan. Pengukuran
pula boleh diertikan sebagai satu proses kuantifikasi dengan memberi nilai
angka kepad akewujudan sesuatu ciri dan atribut. Penilaian pula didefinisikan sebagai suatu
proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian,
pemerolehan dan pentaksiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Pentaksiran pula membawa maksud satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan
tentang sesuatu proses pendidikan. Ia merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul
merekod, memberi skor dan meninterpretasi meklumat tentang pembelajaran seorang
bagi sesuatu tujuan.
Perbezaan antara keempat-empatnya
juga boleh dilihat dari segi tujuannya.
Pengujian dijalankan bertujuan mengesan kelemahan pelajar dalam sesuatu
topik. Tujuan pengukuran pula dilaksanakan
untuk menempatkan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan yang telah dijalankan melalui pengujian. Pengukuran juga bertujuan untuk memberi
penghargaan seperti sijil. Penilaian
juga mempunyai tujuannya yang tersendiri.
Penilaian dijalankan oleh guru untuk menilai sejauhmana tercapainya
hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran.
Penilaian juga dilaksanakan untuk membantu guru merancang sesi
pengajaran pada masa akan datang dan merancang program-program yang bakal
dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Pentaksiran pula bertujuan mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang proses
yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan yang seterusnya ialah dari
segi cara pelaksanaan. Pengujian boleh
dilaksanakan semasa dan selepas sesuatu pengajaran tersebut dilaksanakan. Alat yang digunakan untuk melaksanakan
pengukuran ialah soalan, senarai semak, dan tugasan. Pengukuran
pula dilaksanakan oleh guru setelah pelajar melaksanakan ujian. Guru melaksanakan pengukuran dengan
menggunakan rajah dan jadual dengan bantuan komputer. Penilaian pula dilaksanakan apabila proses
pengujian dan pengukuran telah selesai dilaksanakan. Penilaian dilaksanakan untuk memperbaikai dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang akan datang ebrdasarkan kajian dan
pentaksiran yang telah dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)